Majlis Berbuka Puasa keluarga FKTE

Majlis Berbuka Puasa keluarga Fakulti Kejuruteraan & Teknologi Elektrik (FKTE) bersempena bulan Ramadhan telah berlangsung pada 13 April 2023 bertempat di Bilik Sumber dan Perkarangan Lobi, FKTE 1. Majlis ini diadakan secara sederhana bagi mengeratkan silaturrahim antara kakitangan FKTE dan keluarga masing-masing. Tema bebas dan makanan secara potluck mengukuhkan lagi kasih sayang antara warga FKTE. Semoga FKTE terus maju dan berjaya.

 #FKTEMantap

Other News & Events