3 Julai 2023 | Sesi pemindahan ilmu (knowledge transfer) antara FKTE dengan murid-murid Sekolah Kebangsaan Batu 8, Changlun Kedah.
Â
Fakulti Kejuruteraan & Teknologi Elektrik, UniMAP telah menerima kunjungan murid-murid dan guru pengiring dari SK Batu 8, Changlun bagi sesi pemindahan ilmu berkaitan aplikasi robotik dan IOT. Sesi ini dijalankan bertujuan menterjemahkan idea murid-murid kepada model yang akan dibawa ke pertandingan ‘National FELDA Robotic Challenge 2023’. Tahniah kepada warga SK Batu 8, Changlun yang telah terpilih ke pertandingan tersebut.
Â
Jutaan terima kasih diucapkan kepada staf FKTE yang terlibat iaitu En. Mohd Fayzul, En. Zainuddin, En Shuhaimi dan Puan Diyya Hidayah yang membantu sesi pemindahana ilmu ini dan guru-guru SK Batu 8 yang terlibat dalam memainkan peranan bagi memupuk minat ke arah sains dan teknologi.
