Seawal jam 9 pagi semua staf FKTE telah turun bersama-sama dalam gotong royong bagi program iftar jamaie peringkat universiti utk pelajar-pelajar UniMAP khususnya FKTE dengan anggaran 1000-1200 orang. Menu istimewa utk harini nasi hujan panas, ayam goreng berempah, dalca & jelatah. kami juga menyediakan bubur lambuk sebagai menu tambahan. Terima kasih kepada semua staf & pelajar yang menghulurkan sumbangan kewangan, masa & tenaga. Semoga aktiviti ini dapat membina ukhwah yang mantap dikalangan staf & pelajar. Terima kasih juga kepada pihak PIMPIN yang mengelola program ini.. #FKTEMantap