Search

Ekspo REKACIPTA UniMAP 2023

Pada 10 – 12 Mac yang lalu telah berlangsung Ekspo REKACIPTA UniMAP 2023, ‘ereka 2023’ di Dewan Ilmu, Kampus Pauh Putra, Universiti Malaysia Perlis. Penyelidik-penyelidik dari Fakulti Kejuruteraan & Teknologi Elektrik telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam ekspo ini dengan berjaya memperoleh pingat emas – 23 produk, pingat perak – 40 produk dan pingat gangsa – 13 produk dengan jumlah penyertaan sebanyak 76 produk inovasi. 2 produk penyelidikan dari FKTE juga berjaya merangkul Best Invention Award iaitu FARMO-V12 : Robotic Sprayer for Fruit Orchard, Penyelidik : Jefri Efendi Mohd Salih , Khong Chee Leong , Ropidah Ahmad – (Best Invention Award – Foodtech, Agriculture & Technology) dan SolCurve: Seamless Remote PV System Monitoring, Penyelidik : Dr. Azralmukmin Azmi, Assoc. Prof. Dr. Mohammad Faridun Naim Tajuddin, Mohd Fayzul Mohammed, Dr. Nur Hafizah Ghazali, Kamarul Amin Kamarudin – (Best Invention Award – Digital Technology, Electronics & IOT). Tahniah diucapkan kepada semua penyelidik FKTE!

Follow our Facebook:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *