Lawatan Penanda Aras ke Faculty of Engineering and Green Technology (FEGT) di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Kampar, Perak

16 MEI 2024 | Lawatan Penanda Aras ke Faculty of Engineering and Green Technology (FEGT) di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Kampar, Perak

Delegasi lawatan ini diketuai oleh Pengerusi Program FKTE B.Tech Penyelenggaraan Sistem Elektrik, Ir. Dr. Ayob Nazmy, diiringi oleh PM Ir. Ts. Dr. Syahrun Nizam, Ts. Dr. Syahrul Affandi, Dr. Leow Wai Zhe dan Ts. Mohd Asri Jusoh.

Semasa lawatan ini, satu mesyuarat yang produktif telah diadakan dan dipengerusikan oleh Ketua Jabatan Kejuruteraan Elektronik, FEGT, Dr. Lee Yu Jen.

Pelbagai perkongsian antara dua institusi telah dibincangkan, terutamanya Work-Based Learning (WBL), projek akhir industri dan latihan industri. Lawatan makmal turut diadakan. Mesyuarat ini menyediakan platform berharga untuk berkongsi amalan terbaik dan menggalakkan kerjasama antara institusi kami. Terima kasih UTAR atas pelbagai sumbang saran untuk memantapkan struktur pengajian TVET.

Kami berharap untuk meneruskan dialog yang produktif ini dan membina hubungan yang lebih kukuh pada masa hadapan










Other News & Events